Resep Agar-agar Lapis Gula Melaka. Manisnya Lumer Dimulut!

*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah.  cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.


Bahan A

  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1500ml air
  • 300gm gula merah / gula melaka
  • 50gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan


Bahan B (Agar Santan)

  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1500ml air
  • 250gm gula
  • 100gm serbuk santan (2 pkt 50gm)
  • 1 helai daun pandan


Loyang 10" (basahkan dahulu)

Cara-cara :

  1. Satukan bahan A dan masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, Tapis, kacau biar suam sedikit.
  2. Satukan bahan B dan masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
  3. Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang dan biar hingga hampir beku.
  4. Kemudian tuang 350ml agar-agar gula merah dan tuang ke atas agar-agar santan tadi.
  5. Ulangi lapisan santan dan gula merah berselang seli hingga habis.
Sumber : http://resepmasakandapurindonesia.blogspot.co.id